12 Feb 2016

Sabahrhinos kena radu!

Keputusan penuh UITM FC vs Sabah 12 Feb 2016
Std. UITM, Shah Alam
4.45 ptg

Keputusan Penuh:

UITM FC (4)
Pavel Purishkin 31', 74', 90'
Eliel Guardiano 80'

SABAH (1)
Prince Nnake Tochukwu 50'


Kena radu!!! Ungkapan yang paling sesuai buat pasukan kita, Sabah yang tewas 1-4 di tangan pasukan berstatus universiti, UITM FC petang tadi.

Perlawanan pembuka tirai Liga Premeir Malaysia musim 2016 di Stadium UiTM, Shah Alam menyaksikan Sabah bermula dengan langkah kiri tatkala pasukan tuan rumah, UiTM memungut tiga mata penuh dengan penuh bergaya dan melebarkan rekod baik pasukan ini ke atas pasukan Sabah.

Penyerang import UiTM dari Uzbekistan, Pavel Purishkin menjadi duri dalam daging buat skuad Sabahrhinos dengan meledak hatrik dengan rakannya di bahagian serangan, Eliel Guardiano menyumbang satu gol. Gol tunggal Sabah dijaringkan oleh penyerang import, Prince Nnake.

Separuh masa pertama menyaksikan penguasaan bola yang seimbang antara kedua-dua pasukan namun Sabah dilihat lebih kerap mengancam ke kubu pasukan lawan. Namun begitu, UiTM memperoleh gol pendahuluan menerusi sepakan percuma Pavel di minit ke 31 yang kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua bermula, Sabah tidak menunggu lama untuk memperoleh jaringan penyamaan menerusi tolakan mudah oleh Nnake hasil umpanan Maxsius Musa di minit ke 50. 

Namun 20 minit terakhir perlawanan meyaksikan Sabah melepaskan tiga gol mudah kepada UiTM Pavel meletakkan UiTM kembali didepan diminit ke 74. Guardiano menggandakan kelebihan UiTM enam minit kemudian sebelum Pavel melengkapkan hatriknya dan gol ke empat UiTM dipenghujung perlawanan. Tamat perlawanan, UiTM unggul dengan kemenangan besar 4-1 ke atas Sabah.

Kekalahan ini menyaksikan Sabah memulakan kempen Liga Premier musim ini di tangga kedua bawah liga selepas satu perlawanan.

Perlawanan Sabah seterusnya adalah pada Isnin, 15 Feb depan menentang Kuantan FA di Std. Darul Makmur, Kuantan.

Kesebelasan Sabah:
Mohd Fadzley Rahim (GK), Julamri Muhd (Capt), Igor Cerina, Rawilson Batuil (Nazri Ahmad), Alto Linus, Dedi Kusnadar, Radzi Husin, Maxsius Musa (Shafie Talip), Leopold A Otong (Ummareng Bacok), Marco Tulio Lopes dan Prince Nnake Tochukwu

Lain-lain keputusan Liga Premier:
PKNS 0-1 Kuala Lumpur
Sime Darby 2-2 Melaka United
Perlis 6-1 ATM
NS Matrix 1-1 Kuantan FA
Johor DT II 1-3 DRB Hicom

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...